Monday, November 3, 2008

PERMULAAN BLOG......

Sessi pagi ini bersama Cik Jumie. Kami belajar cara-cara untuk membina sebuah blog. Hopefully selepas ini, kami semua boleh bina blog masing-masing!!

Sunday, November 2, 2008

PENGETAHUAN KAMI........

Kami telah cuba membuat blog sendiri atas bantuan cik Jumie...walaupun masih baru dalam dunia blog ini, namun sedikit sebanyak kami telah tahu cara untuk membuat blog sendiri supaya kemahiran ini kami gunakan dalam bidang pekerjaan dan bertukar-tukar maklumat diri serta berhubung dengan kawan-kawan lama.

Friday, October 31, 2008

IDENTITI KAMI.....


Kami terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan yang berasal dari N.Sembilan.Pelajar tahun 2 Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan....Walaupun kami mempunyai persamaan dalam jurusan Sains Kemasyarakatan, tetapi kami berbeza dari segi major iaitu major Antropologi & Sosiologi, Ekonomi dan Pengurusan, Perancangan & Pembangunan.
Dalam menyiapkan tugasan she101 ini, kami telah diberikan seorang penasihat iaitu Dr. Mohammad Reevany b. Bustami. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan selengkapnya. Kami amat berterima kasih kepada beliau di atas bantuan beliau dalam mencetuskan idea baru dalam memastikan keberkesanan dan terdapat bukti - bukti untuk memperkuatkan hujahan kami.














Thursday, October 30, 2008

TUGASAN......

Tajuk yang diberikan oleh penasihat kami ialah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) & Kepelbagaian Etnik Di Tempat Kerja.Tugasan ini menerangkan tentang hubungan etnik dalam pekerjaan.Skop kajian kami adalah berkaitan dengan:-

a) Pengenalan kepelbagaian etnik di tempat kerja
b) Apakah masalah yang dihadapi apabila terdapat kepelbagaian etnik di tempat kerja?
c) Bagaimanakah cara majikan menguruskan pekerja yang terdiri daripada pelbagai etnik?
d) Bagaimanakah cara pengambilan pekerja di sesebuah syarikat itu?
e) Apakah strategi- strategi yang diambil oleh syarikat dalam memastikan tiada sebarang masalah berkaitan kepelbagaian etnik di tempat kerja?

Maklumat-maklumat tersebut sedikit sebanyak kami peroleh dari sumber seperti internet dan
majalah.

PENGENALAN

latar belakang kursus


kami merupakan pelajar USM yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Suhaiza binti Sali, Nurull Izzah binti Ishak, Nornazlin binti Selamat, Norisah binti Isa dan Farhana Dayana binti Samsudin Shah di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan yang mengambil kursus hubungan etnik(SHE) dan penasihat kami iaitu Dr. Reevany Bustami. kami dikehendaki membuat kajian tentang kepelbagaian etnik di tempat kerja di mana kajian ini dibantu oleh cik jumizah binti samsudin. Dalam menyiapkan tugasan SHE ini kami telah dibantu oleh penasihat kami. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan selengkapnya. kami amat berterima kasih kepada beliau dalam mencetuskan idea baru dan memastikan keberkesanan dan terdapat bukti-bukti yang kukuh untuk menguatkan hujah-hujah kami.
Seperti yang kita ketahui kepelbagaian etnik di tempat kerja merupakan fenomena yang acap kali dihadapi oleh masyarakat terutama di Malaysia di mana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum. Maksud etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama. Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka. Dalam masa yang sama juga, hubungan etnik boleh di lihat dari sudut tempat kerja. Jika hari ini, kita lihat tidak kira di sektor kerajaan mahupun sektor swasta, pekerja di ambil dari pelbagai kaum. kepelbagaian etnik di tempat kerja telah banyak memberi cabaran pada syarikat untuk mengkekalkan keharmonian dan perpaduan di tempat kerja.
kepentingan hubungan etnik adalah dapat menjamin kestabilan dan menjana pendapatan negara. Hubungan etnik yang harmonis adalah merupakan satu faktor utama yang mempengaruhi kadar kemasukan pelancong asing ke negara kita. Sungguhpun negara kita mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik, namun sekiranya terdapat konflik antara kaum, pelancong-pelancong asing dari luar negara tidak akan berkunjung ke negara kita disebabkan faktor keselamatan. Oleh hal yang demikian, kestabilan hubungan etnik memainkan peranan penting pada negara.

Objektif mengetahui dan mempelajari hubungan etnik adalah:

I) Mendedahkan pelajar tentang pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik
II)Memberi kefahaman berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas keharmonian
hubungan etnik
III) Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di
Malaysia.
IV) Memberi kefahaman dan kesedaran tentang konsep islam hadhari dan hubungan etnik.
v) Melibatkan pelajar-pelajar dalam pengalaman pembelajaran yang kreatif tentang sosial dan
kehidupan budaya masyarakat Malaysia.

Wednesday, October 29, 2008

CARA - CARA KAJIAN......

Kami ditugaskan untuk menemubual dua organisasi dalam bidang pekerjaan iaitu swasta dan kerajaan. Kami telah memilih untuk menemubual Syarikat Intel dan Polis.Kami akan bertanya soalan tentang :-
a) Adakah terdapat kepelbagaian etnik di tempat kerja mereka?
b) Cara - cara pengambilan pekerja?
c) masalah yang dihadapi apabila terdapat kepelbagaian etnik?
d) Cara mengatasi masalah tersebut?

Selain itu, melalui web www.diversity.com kami dapat mengenalpasti contoh-contoh syarikat dalam dan luar negara yang telah berjaya serta mempunyai kepelbagaian etnik di dalam syarikat itu.

Tuesday, October 28, 2008

DEFINISI KEPELBAGAIAN ETNIK DI TEMPAT KERJA.....

KEPELBAGAIAN adalah perbezaan setiap individu dengan individu yang lain dan setiap perkara adalah berbeza oleh setiap orang.Selain itu, ianya juga boleh dikatakan sebagai perkara yang mempertimbangkan tentang masalah kepelbagaian atau cabaran serta keberkesanan organisasi itu menyelesaikannya.Tambahan lagi, kepelbagaian turut dikaitkan dengan pernilaian dari segi perspektif dan idea dalam keberkesanan organisasi tertentu. Antaranya kita boleh kategorikan kepada gender, orang kurang upaya (OKU), umur dan kaum.

ETNIK pula merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Selain itu, etnik juga boleh dikelaskan melalui perbezaan budaya.Hal ini disebabkan, etnik sering dikaitkan dengan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, hiburan dan orientasi politik. Tambahan lagi, etnik turut dikatakan bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar dan betul serta lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil atau berada pada tahap rendah dan tidak bermoral.

TEMPAT KERJA merupakan sebuah tempat rasmi dimana seseorang individu itu bekerja dengan satu fiiran yang kukuh dan persekitaran yang sihat.Selain itu, ianya juga merupakan tempat yang melibatkan individu yang menjalankan perniagaan atau pengambilan pekerja. Antara contoh tempat kerja adalah seperti kedai,kilang, kawasan pembinaan, hospital dan ladang. Seterusnya, terdapat juga tempat kerja yang hanya menumpukan pada mengajar individu secara umum tentang perkara-perkara tertentu misalnya kelas memandu iaitu mengajar individu yang ingin belajar cara-cara mamandu kenderaan.

Monday, October 27, 2008

MASALAH ETNIK DI TEMPAT KERJA....

PERGAULAN- Sesetengah syarikat sememangnya mempunyai pelbagai etnik, tetapi kebanyakan mereka hanya bergaul dengan kaum masing-masing tanpa bercampur dengan kaum yang lain. Hal ini disebabkan mereka berasa lebih selesa jika berada pada kaum yang sama. Keadaan ini diburukkan lagi apabila tercetusnya pergaduhan sesama mereka kerana tidak masing-masing mengagung-agungkan etnik mereka.Misalnya, jika pekerja cina berkumpul di satu tempat semasa rehat,pekerja india tidak boleh duduk bersama mereka kerana perbezaan budaya.

KOMUNIKASI- Walaupun setiap syarikat mempunyai pekerja melayu, india dan cina, mereka kurang berkomunikasi kerana masing-masing menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Keadaan ini menyukarkan pekerja yang bukan satu kaum untuk berkomunikasi dengan lebih erat. Hal ini disebabkan mereka tidak faham butir bicara yang ingin diperkatakan oleh pekerja yang berbeza bahasa.

ORGANISASI- Terdapat syarikat yang memilih pengurus atasan mengikut kaum mereka sahaja.Walaupun kelulusan kaum lain lebih tinggi berbanding kaumnya, mereka lebih memilih kaum mereka sendiri dan menganggap kaum lain tidak boleh dipercayai untuk memegang jawatan tertinggi.Misalnya, semasa temuduga, jika majikan itu cina, beliau akan lebih memilih calon yang sama kaum dengannya.Keadaan ini menyebabkan wujud diskriminasi kaum antara pekerja cina dengan india dan melayu.

SUASANA TEMPAT KERJA-Keadaan suram dan tiada toleransi dan kerjasama antara setiap pekerja menyebabkan keadaan di tempat kerja menjadi satu tempat yang membosankan dan menyebabkan ada pekerja yang hilang semangat untuk bekerja. Selain itu, terdapat juga pekerja yang bermusuhan dan tidak bertegur sapa menyebabkan seseorang itu berasa tertekan ketika bekerja.Tiada kegembiraan untuk mereka semasa bekerja.

PEMBAHAGIAN TUGAS- Pembahagian tugas yang tidak sama rata.Misalnya jika pekerja india pandai membodek majikan, mereka akan diberikan tugas yang mudah manakala tugas yang sukar akan diberikan kepada pekerja melayu atau cina untuk menyelesaikannya walaupun tugasan itu sepatutnya dibuat oleh pekerja india tersebut
.

STRATEGI YANG BOLEH DIAMBIL OLEH SYARIKAT DALAM MENGATASI MASALAH ETNIK DI TEMPAT KERJA.....

SIKAP PEKERJA- Setiap individu di tempat kerja seharusnya mengajar diri untuk sentiasa beramah mesra dengan orang lain walaupun berlainan etnik. Individu terbabit perlu mengajar diri untuk bergaul dengan orang lain dan tidak hanya memilih kawan-kawan yang disukai untuk beramah mesra.

MENGADAKAN JAMUAN SETIAP 6 BULAN SEKALI- Pihak syarikat perl memandang serius terhadap isu masalah komunikasi setiap pekerja yang berlainan kaum. Pihak syarikat boleh mengeratkan hubungn sesama majikan dan pekerja dengan cara mengadakan majlis yang wajib dihadiri oleh setiap pekerja. Melalui cara ini majikan dan pekerja dapat berkomunikasi dengan baik dan akan saling membantu jika individu tertentu mengalami masalah.

SISTEM ORGANISASI YANG TERATUR DAN SEIMBANG-Pihak syarikat perlu lebih serius terhadap sistem organisasi. Perbincangan antara lembaga pengarah penting dalam pelantikan pekerja mengikut kelayakan bukan pekerja yang pandai bermuka-muka. Cara ini dapat memastikan setiap kaum mempunyai wakil dalam memegang jawatan sebagai pekerja atasan. Keadaan ini akan membantu mengelakkan berlaku ketidakpuashatian para pekerja.

MEWUJUDKAN SIKAP AMBIL BERAT SETIAP ETNIK- Setiap pekerja memainkan peranan penting dalam tampuk syarikat, oleh itu kerjasama yang berterusan merupakan cara yang terbaik untuk memastikan kelancaran syarikat dan keuntungan syarikat. Jika syarikat untung, majikan akan memberi bonus kepada para pekerja. Kedua-dua belah pihak mendapat keuntungan yang sama.

PEMBAHAGIAN KERJA YANG SAMA RATA- Setiap majikan perlu memastikan pembahagian kerja diagihkan dengan betul. Hal ini disebabkan, pembahagian kerja yang bermutu akan memuaskan hati semua orang termasuk pekerja. Cara ini akan dapat membuat para pekerja seronok untuk bekerja dan tiada tekanan dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh pihak atasan.

Sunday, October 26, 2008

STRATEGI YANG DIAMBIL OLEH PIHAK SYARIKAT DALAM PENGAMBILAN PEKERJA....

PENDIDIKAN-Setiap pekerjaan memerlukan tahap pendidikan tertentu, misalnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), pengambilan konstabel memerlukan taraf akademik di peringkat sijil pelajaran Malaysia (SPM), manakal bagi jawatan yang lebih atas memandang individu yang mempunyai taraf pendidikan diploma mahupun Ijazah sarjana muda dan seterusnya.

KEMAHIRAN- Kemahiran merupakan aspek paling penting yang diperlukan oleh majikan dalam mengambil pekerja. Majikan memerlukan pekerja mahir kerana mereka akan lebih mudah mendapat keuntungan tanpa perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menghantar pekerja belajar kemahiran di tempat tertentu. Individu yang mempunyai kemahiran dan pengalaman lebih diambil untuk menjadi pekerja dengan gaji yang lumayan.

SIHAT DARI SEGI FIZIKAL & MENTAL- Seperti yang semua orang tahu, individu yang sihat tubuh badan lebih diberi keutamaan dalam pengambilan kerja. Hal ini disebabkan mudah untuk pekerja tersebut berurusan dengan syarikat luar dan tidak terbatas perjalanannya.

KEPERLUAN JAWATAN-Pemohonan yang ditawarkan untuk mencari pekerja biasanya tertumpu pada keperluan dan kek osongan sesuatu jawatan itu. Pengambilan ini biasanya dibuat apabila terdapat pekerja lama yang meletak jawatan ataupun pekerja yang dipecat atas kesalahan tertentu. Oleh itu, pihak syarikat akan menyiarkan iklan jawatan kosong itu untuk diisi oleh pekerja yang berkelayakan
.

Saturday, October 25, 2008

CONTOH ORGANISASI KERAJAAN.......


Kami telah menemuramah seorang anggota polis iaitu En. Azizol bin Mohd. Arif selaku wakil dari Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang kepelbagaian etnik di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).Antara soalan yang kami bertanyakan kepada beliau adalah seperti :-
1) Adakah terdapat masalah yang dihadapi oleh PDRM apabila mempunyai anggota yang pelbagai etnik?
Tiada, kerana semasa latihan selama 6 bulan, setiap anggota telah dilatih untuk hidup secara berkumpulan serta menerapkan sikap tiada perbezaan antara mereka kerana mereka diajar dengan menggunakan bahasa dan undang-undang yang sama.
2) Apakah strategi dalam pengambilan anggota PDRM dalam memastikan terdapat anggota yang pelbagai etnik?
PDRM telah menyediakan kuota untuk mewujudkan kepelbagaian bangsa dan etnik dalam setiap pengambilan anggota baru misalnya Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.Selain itu, etnik yang kurang akan diutamakan dalam setiap pengambilan anggota baru. Selain itu, anggota PDRM mesti cukup ciri-ciri untuk menjadi anggota polis.
3) Apakah strategi PDRM dalam mengelakkan berlakunya masalah kepada anggota yang pelbagai etnik dalam PDRM?
Strategi yang diambil oleh PDRM ialah meletakkan semua anggota baru yang pelbagai kaum di bawah pusat latihan yang sama, selain itu, mereka dilatih untuk membeza-bezakan antara kaum lain serta sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan.
4) Apakah syarat-syarat pengambilan anggota baru PDRM?
Pengambilan anggota baru dinilai melalui akademik dan fizikal. Dari segi akademik, untuk menjadi anggota biasa, mereka dinilai dengan kredit B.melayu, lulus B.inggeris dan matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(PDRM). Manakala dari segi fizikal adalah seperti sihat tubuh badan, tidak rabun mata, tinggi dan berat yang cukup untuk menjadi anggota PDRM.

Friday, October 24, 2008

CONTOH ORGANISASI SWASTA ......




Syarikat Swasta :- Compatibility Validation, Board Design, Center Malaysia (BDCM), Intel Product (M) Sdn. Bhd

Kami telah menemuramah wakil pihak intel iaitu En. Shahazri B. Husin, Test Validation Engineer untuk bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kepelbagaian etnik di tempat kerja. Sebelum itu ingin kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Intel kerana sudi membantu dalam memberikan serba sedikit maklumat berkaitan kepelbagaian etnik di Intel Product Sdn. Bhd.

Berikut merupakan soalan-soalan yang telah kami rangka serta jawapan dari pihak Intel.

1. Apakah masalah yg dihadapi oleh INTEL apabila mempunyai pekerja yang pelbagai etnik?

Masalah yg dihadapi oleh Intel apabila mempunyai pekerja yg pelbagai etnik, ialah mereka lebih suka bercerita antara mereka, apabila mereka didalam bangsa yg sama, mereka lebih suka bercakap dalam bahasa bangsa mereka sendiri, walaupun terdapat bangsa lain, dan mereka lebih suka mengambil pekerja yg terdiri daripada bangsa mereka sendiri.


2. Bagaimanakah Syarikat ini mengatasi masalah ini?
Pihak syarikat kami telah mengambil tindakan dengan mengira purata bilangan pekerja yg sama dari pelbagai bangsa.

3. Apakah strategi pengambilan pekerja dalam memastikan terdapat kepelbagaian etnik?

Pihak kami telah memasukkan @ meletakkan mereka didalam satu kumpulan yang sama supaya mereka lebih mempunyai sikap berbilang kaum dalam melakukan sesuatu kerja dan bersikap terbuka apabila menyelesaikan sesuatu masalah yg dihadapi.


4. Adakah syarikat mengalami masalah dalam pengambilan pekerja yang pelbagai etnik?

Ya, kerana kebanyakan pekerja yg diambil bekerja adalah berdasarkan kemahiran dan ini akan menyebabkan pekerja yang kurang kemahiran, tidak diambil bekerja dan pekerja yg berkemahiran, akan diambil bekerja.Pihak kami lebih mementingkan pekerja yang rajin dan berpengalaman serta kemahiran yang tinggi.

5. Apakah strategi yang diambil untuk mengatasi masalah ini?

Pihak kami telah mengambil juga pekerja yang kurang mahir, dan memberi mereka latihan/seminar yang mencukupi untuk mereka menjadi lebih mahir dalam bidang kerja mereka.



6. Syarat-syarat pengambilan pekerja?(Intel)

-Mempunyai kemahiran yg berkaitan dengan computer dan juga elektronik dan mekatronik,
-Mempunyai kemahiran pemikiran yang tinggi dlm menyelesaikan sesuatu masalah yg dihadapi tanpa memerlukan pertolongan dari pihak atasan.
-mempunyai kelayakan(diploma/degree) dan mempunyai keputusan yg cemerlang,minimum 3.00 CGPA.
-fasih berbahasa Inggeris.
-Boleh “outstation” ( incase kalau kena pergi ke luar negara untuk training atau etc.)

Thursday, October 23, 2008

NOKIA

SYARIKAT NOKIA

Nokia ditubuhkan di Finland pada tahun1965, pengasasnya adalah Fredrik Idestam manakala ketua pegawai eksekutif pada tahun 1980-an adalah Kari Kairamo. Pada dekad 1970-an, Nokia melibatkan diri dalam industri telekomunikasi dengan perkembangan Nokia DX 200. Pada tahun 1982, suis DX 200 Nokia menjadi suis telefon digit yang pertama didunia.
Pada tahuN 1980-an, semasa zaman Ketua Pegawai Eksekutif Kari Kairamo, Nokia berkembang dengan pesat ke dalam bidang-bidang baru, kebanyakannya melalui perolahan. Jorma Bllila yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1992 membuat keputusan strategik untuk menumpukan kegiatan syarikat hanya kepada telekomunikasi dan pada sepanjang dekad 1990-an, Nokia meneruskan pembuangan semua bahagian bukan telekomunikasi.
Pada 19 Jun 2006, Nokia dan Siemens AG mengumumkan penggabungan perniagaan-perniagaan kelengkapan rangkaian telefon mudah alih dan talian tetap mereka untuk menjadi salah satu firma rangkaian yang terbesar di dunia. Kedua-dua syarikat akan masing-masing mempunyai kepentingan sebanyak 50% dalam syarikat infrastruktur ini yang digelarkan rangkaian nokia Siemens dan yang beribu pejabat di kawasan Helsinki. Kedua-dua syarikat ini meramalkan jualan tahunan sebanyak 16 bilion euro, dengan jimat kos sebanyak 1.5 bilion setahun menjelang 2010. Lebih kurang 20,000 pekerja Nokia akan ditukarkan ke syarikat baru ini.


Beberapa soalan berkaitan dengan kepelbagaian etnik di Syarikat Nokia:

1) Adakah Syarikat Nokia menghadapi masalah dalam pengambilan pekerja yang pelbagai etnik?
Tidak, kerana nokia menekankan hak-hak asasi dan sejagat. Dalam hal ini, nokia bebas dari sebarang bentuk diskriminasi berdasarkan ras, fahaman, warna kulit, kerakyatan, asal etnik, usia, agama dan jantina. Nokia tidak akan bertolak-ansur terhadap suasana kerja yang bertentangan dengan undang-undang dan amalan antarabangsa.

2) Apakah strategi dalam pengambilan pekerja dalam memastikan terdapat pekerja yang pelbagai etnik?
Nokia akan menilai pekerja yamg mempunyai kemahiran pelbagai dan terdiri daripada etnik serta bangsa yang berlainan kerana ia akan lebih menggerakkan pekerja untuk menyumbang idea-idea yang bernas dari pelbagai sudut. Hal ini di sebabkan, setiap individu mempunyai idea-idea yang tersendiri disebabkan latarbelakang mereka yang berbeza. Nokia komited dalam memberi peluang saksama di dalam amalan, polisi dan tatacara pengambilan tanpa mengira etnik. Jika keperluan pekerjaan dipenuhi, dengan ini tiada pekerja atau calon pekerja akan dilayan secara kurang memuaskan disebabkan etnik yang berbeza.

3) Apakah strategi Nokia dalam mengelakkan berlakunya masalah kepada pekerja yang pelbagai etnik?
Pekerja Nokia mesti menghormati dan menggalakkan nilai-nilai murni Nokia di tempat kerja, selain itu, menggalakkan kerja pasukan, tanggungjawab peribadi, dan kekuatan daripada kepelbagaian etnik. Nokia akan berusaha untuk membayar pampasan yang adil kepada semua pekerja tanpa mengira bangsa dan memberi persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada pekerja. Dalam masa yang sama juga nokia menerapkan nilai keakraban antara pekerja yang pelbagai etnik. Hal ini penting, supaya pekerja nokia akan mempunyai ikatan yang erat, dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik dan secara langsung pekerja akan merasakan mereka sebahagian daripada anggota nokia walaupun berbeza latar belakang.

4) Apakah syarat-syarat pengambilan pekerja Nokia?
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dengan pelanggan.
- Di samping memiliki personaliti yang menarik untuk menarik pelanggan.
- Pekerja nokia juga harus tahu selok belok dalam pengendalian telefon bimbit.
- Pengalaman berkaitan dengan pengurusan perniagaan seperti strategi yang akan
digunakan untuk menarik hati pelanggan untuk membeli produk nokia.

Budaya korporat

Manifesto budaya korporat rasmi Nokia, Cara Nokia, menekankan kepantasan dan kefleksibelan dalam membuat keputusan melalui sebuah organisasi rangkaian yang tidak banyak berperingkat. Walaupun bertujuan sedemikian, saiz perbadanannya masih mengenakan sedikit sebanyak birokrasi. Kesamaan peluang dan keterbukaan komunikasi juga ditekankan, bersama-sama degan kepimpinan pengurusan serta penyertaan pekerja
Nokia ialah sebuah kumpulan teknologi mudah alih yang progresif dan berpandangan jauh. Syarikat ini membelanjakan sebahagian besar pusing gantinya untuk penyelidikan dan pembangunan, dan berbangga dengan fakta bahawa syarikat ini sering merupakan syarikat yang pertama untuk memasarkan produk dan aplikasi baru. Bahasa rasmi Nokia ialah Bahasa Inggeris digunakan untuk semua pendokumenan, dan digunakan untuk komunikasi bertutur serta emel antara rakan sekerja ketika bahasa ini merupakan bahasa sama yang tunggal. Nilai-nilai Nokia ialah "kepuasan pelanggan, Rasa Hormat, Pencapaian, dan Pembaharuan".

Wednesday, October 22, 2008


SYARIKAT AJINOMOTO MALAYSIA
SEJARAH

Sejarah ini bermula dengan rasa, apabila Profesor Kikunae Ikeada dari Universiti Tokyo mengasingkan glutamat daripada rumpai laut dan mendapati ianya mempunyai keupayaan untuk menyerlahkan rasa makanan pada tahun 1908. Satu tahun kemudian, penemuan beliau telah diperkenalkan di pasaran dalam penambah perisa AJINOMOTO yang bermakna pati citarasa (secara saintifik dinamakan monosodium glutamate (MSG)

Hari ini, AJINOMOTO dijual di lebih daripada 100 negara dan 15 kilang AJINOMOTO yang berada di seluruh dunia membekalkan kira-kira satu pertiga daripada 1.5 juta tan monosodium glutamate di pasaran.

Pada tahun 1961, AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memulakan perniagaannya sebagai pengeluar AJINOMOTO. Ia merupakan antara syarikat usahasama Jepun yang paling awal ditubuhkan di Negara ini. Semenjak itu, AJINOMOTO Malaysia berhad mula berkembang menjadi pengeluar perasa makanan yang dinamik yang memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad. Penambah perisa AJINOMOTO kami merupakan bahan wajib di hampir setiap rumah rakyat Malaysia.


PENGERUSI SYARIKAT

Gen (R) Tan Sri (Dr) Dato’ Paduka Mohammed Hashim Bin Mohd. Ali
Berumur 71 tahun dan merupakan warganegara Malaysia.Dilantik menjadi pengerusi Syarikat ini pada 5 September 1995. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan atau pertalian saudara dengan mana-mana pengarah lain mahu pun dengan pemegang syer. Beliau tidak pernah disabitkan kesalahan apa pun dalam tempoh 10 tahun sebelum ini melainkan kesalahan jalan raya itu pun jika ada.

PENGARAH EKSEKUTIF SYARIKAT
Shunikuci Komatsu berumur 47 tahun. Beliau berasal dari Jepun. Beliau telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif pada 6 Julai 2005.Memulakan kerjaya dalam bahagian jualan cawangan Nagoya di Jepun. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan di dalam syarikat mahu pun sebarang pertalian dengan pengarah mahu pun syer2 syarikat.

PENGARAH EKSEKUTIF SYARIKAT
Gew Ah Lek berumur 56 tahun dan merupakan warganegara Malaysia.
Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan di dalam syarikat mahu pun sebarang pertalian dengan pengarah mahu pun syer2 syarikat.

STRATEGI SYARIKAT DALAM MENGATASI MASALAH ETNIK DI TEMPAT KERJA

Di AJINOMOTO Malaysia Berhad, mereka menggunakan strategi dalam memastikan keperluan setiap pekerja berkaitan kebajikan, rekreasi, dan kesihatan adalah diutamakan. Suasana tempat kerja diceriakan dengan aktiviti- aktiviti rekreasi, sukan dan lain-lain. Setiap langkah yang perlu telah di ambil untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selesa. Keadaan ini adalah supaya semua pekerja dapat bertugas dengan selamat dan produktif. Cara ini dapat memastikan pekerja mereka yang terdiri daripada pekerja yang berbilang kaum dapat bekerja bersama tanpa sebarang masalah perkauman.


ETIKA PERNIAGAAN

Mereka amat mengutamakan kepuasan pengguna. Oleh kerana itu, mereka juga mengembleng segenap sumber kreatif serta menggunakan teknologi canggih untuk memastikan bahawa hanya satu produk berkualiti tinggi dan khidmat terbaik yang akan disampaikan kepada pengguna. Melalui misi mereka ini, kita boleh lihat bahawa mereka amat mementingkan kualiti pekerja dan produk.


TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Sebagai syarikat yang terkemuka dan warga korporat yang peka terhadap keadaan social, mereka bertekad memberi sumbangan demi keharmonian dan pembangunan masyarakat. Selain itu juga, mereka memastikan pekerja sentiasa berpuas hati dengan pekerjaan mereka tanpa perlu berasa iri hati dengan etnik lain.

BUDAYA KORPORAT

Mereka juga berusaha dengan gigih untuk terus mengekalkan situasi yang kreatif, terbuka, bersemangat dan yakin yang membolehkan para pekerja bekerja dengan tekun untuk kepuasan diri dan peningkatan kerjaya.

Tuesday, October 21, 2008



AVON

Avon adalah dunia penjual langsung yang utama dan menjual produk-produk berkaitan, dengan lebih $8 bilion pendapatan tahunan keatas dan 40,000 pekerja-pekerja. Kita memasarkan produk untuk wanita melalui lebih daripada 5 juta jualan bebas Representatives didalam 100 negara. Avon dikenali dengan meluas sebagai satu puncak jenama sejagat dan sebuah pemimpin dunia dalam lipstik, minyak wangi dan produk penjagaan kulit anti penuaan.Kepelbagaian liputan Avon dalam tenaga kerja dan diteruskan seorang pemimpin dalam mengambil tindakan afirmatif bagi menjamin peluang-peluang itu dibuka untuk individu berbakat; dan begitu juga rakan-rakan dan semua kakitangan telah mengambil peluang-peluang untuk tujuan pembangunan dan kemajuan.
Prudential Kewangan

Pengurusan perkhidmatan syarikat khidmat pelanggan yang cekap bagi pelanggan dan institusa luar Negara adalah seperti The Prudential Insurance Company Amerika, satu syarikat-syarikat insurans nyawa terbesar dalam syarikat-syarikat US.Ia menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk pertukaran wang, anuiti, pembrokeran hartanah, hak melobi, perkhidmatan-perkhidmatan penempatan semula, dan banyak lagi.Pengurusan yang cekap adalah pelbagai di PrudentialSyarikat-syarikat Amerika Syarikat di seluruh dunia berkembang maju didalam pasaran-pasaran di mana satu kepelbagaian perspektif kebudayaan, keperluan-keperluan dan keadaan-keadaan kesan reka bentuk dan penghantaran produk-produk dan perkhidmatan. Pekerja-pekerja kita, yang tinggal di Amerika Syarikat dan di lebih daripada 30 buah negara, juga mewakili satu bentuk kebudayaan.
AVON mengambil pekerja dengan mengetengahkan satu kekayaan bakat dan pengalaman iaitu diperkayakan oleh sejumlah besar perbezaan termasuk bangsa, jantina, umur, orientasi seksual, keadaan-keadaan hidup, agama, keupayaan dan kecacatan. Kepelbagaian ini memberi akses kepada kita yang tiada taranya untuk perspektif kepelbagaian, pendekatan-pendekatan kreatif untuk bekerja dan penyelesaian bagi inovatif keperluan perniagaan ialah mengapa mereka membuat kepelbagaian satu keutamaan. AVON membina ia ke dalam perniagaan kita dan strategi-strategi sumber manusia dan kebertanggungjawaban kepimpinan untuk hasil yang maksimum.





Monday, October 20, 2008

ANALISIS KRITIKAL

Kepelbagaian etnik amat penting dalam sesebuah organisasi bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga. Sesebuah organisasi perlulah peka terhadap para pekerja yang mempunyai kepelbagaian etnik dalam sesebuah organisasi tersebut. Masalah besar mungkin akan berlaku jika terdapatnya kerenggangan hubungan antara etnik di sesebuah tempat kerja. Misalnya, jika dilihat dalam sektor kerajaan, tiada isu etnik yang timbul kerana mereka diwajibkan untuk sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tugas tanpa berlakunya diskriminasi kaum. Jika tiadanya kerjasama antara mereka akan menimbulkan masalah dalam menjalankan tugas. Sebagai contoh, dapat kita lihat dalam pasukan PDRM yang mana mereka diberikan tugas secara berpasukan, kelayakan jawatan dan kuota bagi mengelakkan mereka berpuak-puak antara kaum.
jika dilihat dari peringkat lembaga pengarah, mereka terdiri daripada pelbagai hubungan etnik tetapi mereka boleh bekerjasama dan mencetuskan idea masing-masing serta akan berbincang di meja yang sama untuk mempertingkatkan kualiti syarikat. bagi pekerja bawahan, mereka sentiasa bekerjasama antara satu sama lain walaupun berlainan kaum. kerana fokus utama mereka adalah meningkatkan kualiti syarikat dan produk pengeluaran syarikat mereka. sebagai contoh, syarikat intel. walaupun terdapat sedikit masalah hubungan etnik, mereka masih cuba bekerjasama dalam memastikan produk intel berada dalam keadaan berkualiti tinggi.
Strategi pengambilan pekerja amat penting kerana selain menilai dari segi kelayakan pendidikan, orang atasan perlu memastikan terdapat setiap etnik dalam organisasi mereka kerana cara ini merupakan kaedah untuk mempertingkatkan keuntungan kerana setiap etnik mempunyai kebolehan mereka yang tersendiri. Dalam masa yang sama dapat mewujudkan kepelbagaian etnik di tempat kerja.

Sunday, October 19, 2008

KESIMPULAN

Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan memperhebatkan masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras. Namun begitu, pada hari ini, masalah etnik di tempat kerja juga tidak asing lagi. Syarikat-syarikat kerajaan atau swasta menghadapi masalah dalam mewujudkan keseimbangan etnik di tempat kerja. Namun begitu, sikap tolenrasi antara pekerja dapat membendung masalah etnik di tempat kerja. Oleh demikian, setiap pekerja tidak kira bangsa harus mempunyai kesedaran dan kefahaman yang mendalam dalam mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif.

Syarikat-syarikat perlu mengambil pekerja daripada pelbagai lapisan kaum untuk mengelakkan diskriminasi dalam pengambilan pekerja. Selain itu, pengambilan pekerja yang pelbagai etnik dapat membantu memahami setiap budaya yang wujud dalam tempat kerja tersebut. Hal ini boleh mengelakkan rasa terasing terutama bagi kaum minoriti. Secara langsung, ia dapat memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam setiap diri individu tanpa mengira bangsa atau etnik dalam menghasilkan kualiti kerja yang sempurna. Di samping, kepelbagaian etnik di tempat kerja dapat menggalakkan persaingan yang sihat untuk meningkatkan kualiti kerja yang lebih bermutu dan produktif. Oleh demikian, kita tidak akan dikenali dengan identiti bangsa kita sendiri tetapi kita akan dikenali sebagai bangsa Malaysia.