Tuesday, October 28, 2008

DEFINISI KEPELBAGAIAN ETNIK DI TEMPAT KERJA.....

KEPELBAGAIAN adalah perbezaan setiap individu dengan individu yang lain dan setiap perkara adalah berbeza oleh setiap orang.Selain itu, ianya juga boleh dikatakan sebagai perkara yang mempertimbangkan tentang masalah kepelbagaian atau cabaran serta keberkesanan organisasi itu menyelesaikannya.Tambahan lagi, kepelbagaian turut dikaitkan dengan pernilaian dari segi perspektif dan idea dalam keberkesanan organisasi tertentu. Antaranya kita boleh kategorikan kepada gender, orang kurang upaya (OKU), umur dan kaum.

ETNIK pula merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Selain itu, etnik juga boleh dikelaskan melalui perbezaan budaya.Hal ini disebabkan, etnik sering dikaitkan dengan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, hiburan dan orientasi politik. Tambahan lagi, etnik turut dikatakan bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar dan betul serta lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil atau berada pada tahap rendah dan tidak bermoral.

TEMPAT KERJA merupakan sebuah tempat rasmi dimana seseorang individu itu bekerja dengan satu fiiran yang kukuh dan persekitaran yang sihat.Selain itu, ianya juga merupakan tempat yang melibatkan individu yang menjalankan perniagaan atau pengambilan pekerja. Antara contoh tempat kerja adalah seperti kedai,kilang, kawasan pembinaan, hospital dan ladang. Seterusnya, terdapat juga tempat kerja yang hanya menumpukan pada mengajar individu secara umum tentang perkara-perkara tertentu misalnya kelas memandu iaitu mengajar individu yang ingin belajar cara-cara mamandu kenderaan.

No comments: