Monday, October 27, 2008

MASALAH ETNIK DI TEMPAT KERJA....

PERGAULAN- Sesetengah syarikat sememangnya mempunyai pelbagai etnik, tetapi kebanyakan mereka hanya bergaul dengan kaum masing-masing tanpa bercampur dengan kaum yang lain. Hal ini disebabkan mereka berasa lebih selesa jika berada pada kaum yang sama. Keadaan ini diburukkan lagi apabila tercetusnya pergaduhan sesama mereka kerana tidak masing-masing mengagung-agungkan etnik mereka.Misalnya, jika pekerja cina berkumpul di satu tempat semasa rehat,pekerja india tidak boleh duduk bersama mereka kerana perbezaan budaya.

KOMUNIKASI- Walaupun setiap syarikat mempunyai pekerja melayu, india dan cina, mereka kurang berkomunikasi kerana masing-masing menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Keadaan ini menyukarkan pekerja yang bukan satu kaum untuk berkomunikasi dengan lebih erat. Hal ini disebabkan mereka tidak faham butir bicara yang ingin diperkatakan oleh pekerja yang berbeza bahasa.

ORGANISASI- Terdapat syarikat yang memilih pengurus atasan mengikut kaum mereka sahaja.Walaupun kelulusan kaum lain lebih tinggi berbanding kaumnya, mereka lebih memilih kaum mereka sendiri dan menganggap kaum lain tidak boleh dipercayai untuk memegang jawatan tertinggi.Misalnya, semasa temuduga, jika majikan itu cina, beliau akan lebih memilih calon yang sama kaum dengannya.Keadaan ini menyebabkan wujud diskriminasi kaum antara pekerja cina dengan india dan melayu.

SUASANA TEMPAT KERJA-Keadaan suram dan tiada toleransi dan kerjasama antara setiap pekerja menyebabkan keadaan di tempat kerja menjadi satu tempat yang membosankan dan menyebabkan ada pekerja yang hilang semangat untuk bekerja. Selain itu, terdapat juga pekerja yang bermusuhan dan tidak bertegur sapa menyebabkan seseorang itu berasa tertekan ketika bekerja.Tiada kegembiraan untuk mereka semasa bekerja.

PEMBAHAGIAN TUGAS- Pembahagian tugas yang tidak sama rata.Misalnya jika pekerja india pandai membodek majikan, mereka akan diberikan tugas yang mudah manakala tugas yang sukar akan diberikan kepada pekerja melayu atau cina untuk menyelesaikannya walaupun tugasan itu sepatutnya dibuat oleh pekerja india tersebut
.

No comments: