Monday, October 27, 2008

STRATEGI YANG BOLEH DIAMBIL OLEH SYARIKAT DALAM MENGATASI MASALAH ETNIK DI TEMPAT KERJA.....

SIKAP PEKERJA- Setiap individu di tempat kerja seharusnya mengajar diri untuk sentiasa beramah mesra dengan orang lain walaupun berlainan etnik. Individu terbabit perlu mengajar diri untuk bergaul dengan orang lain dan tidak hanya memilih kawan-kawan yang disukai untuk beramah mesra.

MENGADAKAN JAMUAN SETIAP 6 BULAN SEKALI- Pihak syarikat perl memandang serius terhadap isu masalah komunikasi setiap pekerja yang berlainan kaum. Pihak syarikat boleh mengeratkan hubungn sesama majikan dan pekerja dengan cara mengadakan majlis yang wajib dihadiri oleh setiap pekerja. Melalui cara ini majikan dan pekerja dapat berkomunikasi dengan baik dan akan saling membantu jika individu tertentu mengalami masalah.

SISTEM ORGANISASI YANG TERATUR DAN SEIMBANG-Pihak syarikat perlu lebih serius terhadap sistem organisasi. Perbincangan antara lembaga pengarah penting dalam pelantikan pekerja mengikut kelayakan bukan pekerja yang pandai bermuka-muka. Cara ini dapat memastikan setiap kaum mempunyai wakil dalam memegang jawatan sebagai pekerja atasan. Keadaan ini akan membantu mengelakkan berlaku ketidakpuashatian para pekerja.

MEWUJUDKAN SIKAP AMBIL BERAT SETIAP ETNIK- Setiap pekerja memainkan peranan penting dalam tampuk syarikat, oleh itu kerjasama yang berterusan merupakan cara yang terbaik untuk memastikan kelancaran syarikat dan keuntungan syarikat. Jika syarikat untung, majikan akan memberi bonus kepada para pekerja. Kedua-dua belah pihak mendapat keuntungan yang sama.

PEMBAHAGIAN KERJA YANG SAMA RATA- Setiap majikan perlu memastikan pembahagian kerja diagihkan dengan betul. Hal ini disebabkan, pembahagian kerja yang bermutu akan memuaskan hati semua orang termasuk pekerja. Cara ini akan dapat membuat para pekerja seronok untuk bekerja dan tiada tekanan dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh pihak atasan.

No comments: