Sunday, October 19, 2008

KESIMPULAN

Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan memperhebatkan masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras. Namun begitu, pada hari ini, masalah etnik di tempat kerja juga tidak asing lagi. Syarikat-syarikat kerajaan atau swasta menghadapi masalah dalam mewujudkan keseimbangan etnik di tempat kerja. Namun begitu, sikap tolenrasi antara pekerja dapat membendung masalah etnik di tempat kerja. Oleh demikian, setiap pekerja tidak kira bangsa harus mempunyai kesedaran dan kefahaman yang mendalam dalam mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif.

Syarikat-syarikat perlu mengambil pekerja daripada pelbagai lapisan kaum untuk mengelakkan diskriminasi dalam pengambilan pekerja. Selain itu, pengambilan pekerja yang pelbagai etnik dapat membantu memahami setiap budaya yang wujud dalam tempat kerja tersebut. Hal ini boleh mengelakkan rasa terasing terutama bagi kaum minoriti. Secara langsung, ia dapat memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam setiap diri individu tanpa mengira bangsa atau etnik dalam menghasilkan kualiti kerja yang sempurna. Di samping, kepelbagaian etnik di tempat kerja dapat menggalakkan persaingan yang sihat untuk meningkatkan kualiti kerja yang lebih bermutu dan produktif. Oleh demikian, kita tidak akan dikenali dengan identiti bangsa kita sendiri tetapi kita akan dikenali sebagai bangsa Malaysia.

No comments: