Thursday, October 23, 2008

NOKIA

SYARIKAT NOKIA

Nokia ditubuhkan di Finland pada tahun1965, pengasasnya adalah Fredrik Idestam manakala ketua pegawai eksekutif pada tahun 1980-an adalah Kari Kairamo. Pada dekad 1970-an, Nokia melibatkan diri dalam industri telekomunikasi dengan perkembangan Nokia DX 200. Pada tahun 1982, suis DX 200 Nokia menjadi suis telefon digit yang pertama didunia.
Pada tahuN 1980-an, semasa zaman Ketua Pegawai Eksekutif Kari Kairamo, Nokia berkembang dengan pesat ke dalam bidang-bidang baru, kebanyakannya melalui perolahan. Jorma Bllila yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1992 membuat keputusan strategik untuk menumpukan kegiatan syarikat hanya kepada telekomunikasi dan pada sepanjang dekad 1990-an, Nokia meneruskan pembuangan semua bahagian bukan telekomunikasi.
Pada 19 Jun 2006, Nokia dan Siemens AG mengumumkan penggabungan perniagaan-perniagaan kelengkapan rangkaian telefon mudah alih dan talian tetap mereka untuk menjadi salah satu firma rangkaian yang terbesar di dunia. Kedua-dua syarikat akan masing-masing mempunyai kepentingan sebanyak 50% dalam syarikat infrastruktur ini yang digelarkan rangkaian nokia Siemens dan yang beribu pejabat di kawasan Helsinki. Kedua-dua syarikat ini meramalkan jualan tahunan sebanyak 16 bilion euro, dengan jimat kos sebanyak 1.5 bilion setahun menjelang 2010. Lebih kurang 20,000 pekerja Nokia akan ditukarkan ke syarikat baru ini.


Beberapa soalan berkaitan dengan kepelbagaian etnik di Syarikat Nokia:

1) Adakah Syarikat Nokia menghadapi masalah dalam pengambilan pekerja yang pelbagai etnik?
Tidak, kerana nokia menekankan hak-hak asasi dan sejagat. Dalam hal ini, nokia bebas dari sebarang bentuk diskriminasi berdasarkan ras, fahaman, warna kulit, kerakyatan, asal etnik, usia, agama dan jantina. Nokia tidak akan bertolak-ansur terhadap suasana kerja yang bertentangan dengan undang-undang dan amalan antarabangsa.

2) Apakah strategi dalam pengambilan pekerja dalam memastikan terdapat pekerja yang pelbagai etnik?
Nokia akan menilai pekerja yamg mempunyai kemahiran pelbagai dan terdiri daripada etnik serta bangsa yang berlainan kerana ia akan lebih menggerakkan pekerja untuk menyumbang idea-idea yang bernas dari pelbagai sudut. Hal ini di sebabkan, setiap individu mempunyai idea-idea yang tersendiri disebabkan latarbelakang mereka yang berbeza. Nokia komited dalam memberi peluang saksama di dalam amalan, polisi dan tatacara pengambilan tanpa mengira etnik. Jika keperluan pekerjaan dipenuhi, dengan ini tiada pekerja atau calon pekerja akan dilayan secara kurang memuaskan disebabkan etnik yang berbeza.

3) Apakah strategi Nokia dalam mengelakkan berlakunya masalah kepada pekerja yang pelbagai etnik?
Pekerja Nokia mesti menghormati dan menggalakkan nilai-nilai murni Nokia di tempat kerja, selain itu, menggalakkan kerja pasukan, tanggungjawab peribadi, dan kekuatan daripada kepelbagaian etnik. Nokia akan berusaha untuk membayar pampasan yang adil kepada semua pekerja tanpa mengira bangsa dan memberi persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada pekerja. Dalam masa yang sama juga nokia menerapkan nilai keakraban antara pekerja yang pelbagai etnik. Hal ini penting, supaya pekerja nokia akan mempunyai ikatan yang erat, dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik dan secara langsung pekerja akan merasakan mereka sebahagian daripada anggota nokia walaupun berbeza latar belakang.

4) Apakah syarat-syarat pengambilan pekerja Nokia?
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dengan pelanggan.
- Di samping memiliki personaliti yang menarik untuk menarik pelanggan.
- Pekerja nokia juga harus tahu selok belok dalam pengendalian telefon bimbit.
- Pengalaman berkaitan dengan pengurusan perniagaan seperti strategi yang akan
digunakan untuk menarik hati pelanggan untuk membeli produk nokia.

Budaya korporat

Manifesto budaya korporat rasmi Nokia, Cara Nokia, menekankan kepantasan dan kefleksibelan dalam membuat keputusan melalui sebuah organisasi rangkaian yang tidak banyak berperingkat. Walaupun bertujuan sedemikian, saiz perbadanannya masih mengenakan sedikit sebanyak birokrasi. Kesamaan peluang dan keterbukaan komunikasi juga ditekankan, bersama-sama degan kepimpinan pengurusan serta penyertaan pekerja
Nokia ialah sebuah kumpulan teknologi mudah alih yang progresif dan berpandangan jauh. Syarikat ini membelanjakan sebahagian besar pusing gantinya untuk penyelidikan dan pembangunan, dan berbangga dengan fakta bahawa syarikat ini sering merupakan syarikat yang pertama untuk memasarkan produk dan aplikasi baru. Bahasa rasmi Nokia ialah Bahasa Inggeris digunakan untuk semua pendokumenan, dan digunakan untuk komunikasi bertutur serta emel antara rakan sekerja ketika bahasa ini merupakan bahasa sama yang tunggal. Nilai-nilai Nokia ialah "kepuasan pelanggan, Rasa Hormat, Pencapaian, dan Pembaharuan".

No comments: