Friday, October 31, 2008

IDENTITI KAMI.....


Kami terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan yang berasal dari N.Sembilan.Pelajar tahun 2 Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan....Walaupun kami mempunyai persamaan dalam jurusan Sains Kemasyarakatan, tetapi kami berbeza dari segi major iaitu major Antropologi & Sosiologi, Ekonomi dan Pengurusan, Perancangan & Pembangunan.
Dalam menyiapkan tugasan she101 ini, kami telah diberikan seorang penasihat iaitu Dr. Mohammad Reevany b. Bustami. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan selengkapnya. Kami amat berterima kasih kepada beliau di atas bantuan beliau dalam mencetuskan idea baru dalam memastikan keberkesanan dan terdapat bukti - bukti untuk memperkuatkan hujahan kami.














Thursday, October 30, 2008

TUGASAN......

Tajuk yang diberikan oleh penasihat kami ialah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) & Kepelbagaian Etnik Di Tempat Kerja.Tugasan ini menerangkan tentang hubungan etnik dalam pekerjaan.Skop kajian kami adalah berkaitan dengan:-

a) Pengenalan kepelbagaian etnik di tempat kerja
b) Apakah masalah yang dihadapi apabila terdapat kepelbagaian etnik di tempat kerja?
c) Bagaimanakah cara majikan menguruskan pekerja yang terdiri daripada pelbagai etnik?
d) Bagaimanakah cara pengambilan pekerja di sesebuah syarikat itu?
e) Apakah strategi- strategi yang diambil oleh syarikat dalam memastikan tiada sebarang masalah berkaitan kepelbagaian etnik di tempat kerja?

Maklumat-maklumat tersebut sedikit sebanyak kami peroleh dari sumber seperti internet dan
majalah.

PENGENALAN

latar belakang kursus


kami merupakan pelajar USM yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Suhaiza binti Sali, Nurull Izzah binti Ishak, Nornazlin binti Selamat, Norisah binti Isa dan Farhana Dayana binti Samsudin Shah di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan yang mengambil kursus hubungan etnik(SHE) dan penasihat kami iaitu Dr. Reevany Bustami. kami dikehendaki membuat kajian tentang kepelbagaian etnik di tempat kerja di mana kajian ini dibantu oleh cik jumizah binti samsudin. Dalam menyiapkan tugasan SHE ini kami telah dibantu oleh penasihat kami. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan selengkapnya. kami amat berterima kasih kepada beliau dalam mencetuskan idea baru dan memastikan keberkesanan dan terdapat bukti-bukti yang kukuh untuk menguatkan hujah-hujah kami.
Seperti yang kita ketahui kepelbagaian etnik di tempat kerja merupakan fenomena yang acap kali dihadapi oleh masyarakat terutama di Malaysia di mana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum. Maksud etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama. Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka. Dalam masa yang sama juga, hubungan etnik boleh di lihat dari sudut tempat kerja. Jika hari ini, kita lihat tidak kira di sektor kerajaan mahupun sektor swasta, pekerja di ambil dari pelbagai kaum. kepelbagaian etnik di tempat kerja telah banyak memberi cabaran pada syarikat untuk mengkekalkan keharmonian dan perpaduan di tempat kerja.
kepentingan hubungan etnik adalah dapat menjamin kestabilan dan menjana pendapatan negara. Hubungan etnik yang harmonis adalah merupakan satu faktor utama yang mempengaruhi kadar kemasukan pelancong asing ke negara kita. Sungguhpun negara kita mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik, namun sekiranya terdapat konflik antara kaum, pelancong-pelancong asing dari luar negara tidak akan berkunjung ke negara kita disebabkan faktor keselamatan. Oleh hal yang demikian, kestabilan hubungan etnik memainkan peranan penting pada negara.

Objektif mengetahui dan mempelajari hubungan etnik adalah:

I) Mendedahkan pelajar tentang pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik
II)Memberi kefahaman berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas keharmonian
hubungan etnik
III) Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di
Malaysia.
IV) Memberi kefahaman dan kesedaran tentang konsep islam hadhari dan hubungan etnik.
v) Melibatkan pelajar-pelajar dalam pengalaman pembelajaran yang kreatif tentang sosial dan
kehidupan budaya masyarakat Malaysia.

Wednesday, October 29, 2008

CARA - CARA KAJIAN......

Kami ditugaskan untuk menemubual dua organisasi dalam bidang pekerjaan iaitu swasta dan kerajaan. Kami telah memilih untuk menemubual Syarikat Intel dan Polis.Kami akan bertanya soalan tentang :-
a) Adakah terdapat kepelbagaian etnik di tempat kerja mereka?
b) Cara - cara pengambilan pekerja?
c) masalah yang dihadapi apabila terdapat kepelbagaian etnik?
d) Cara mengatasi masalah tersebut?

Selain itu, melalui web www.diversity.com kami dapat mengenalpasti contoh-contoh syarikat dalam dan luar negara yang telah berjaya serta mempunyai kepelbagaian etnik di dalam syarikat itu.

Tuesday, October 28, 2008

DEFINISI KEPELBAGAIAN ETNIK DI TEMPAT KERJA.....

KEPELBAGAIAN adalah perbezaan setiap individu dengan individu yang lain dan setiap perkara adalah berbeza oleh setiap orang.Selain itu, ianya juga boleh dikatakan sebagai perkara yang mempertimbangkan tentang masalah kepelbagaian atau cabaran serta keberkesanan organisasi itu menyelesaikannya.Tambahan lagi, kepelbagaian turut dikaitkan dengan pernilaian dari segi perspektif dan idea dalam keberkesanan organisasi tertentu. Antaranya kita boleh kategorikan kepada gender, orang kurang upaya (OKU), umur dan kaum.

ETNIK pula merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Selain itu, etnik juga boleh dikelaskan melalui perbezaan budaya.Hal ini disebabkan, etnik sering dikaitkan dengan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, hiburan dan orientasi politik. Tambahan lagi, etnik turut dikatakan bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar dan betul serta lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil atau berada pada tahap rendah dan tidak bermoral.

TEMPAT KERJA merupakan sebuah tempat rasmi dimana seseorang individu itu bekerja dengan satu fiiran yang kukuh dan persekitaran yang sihat.Selain itu, ianya juga merupakan tempat yang melibatkan individu yang menjalankan perniagaan atau pengambilan pekerja. Antara contoh tempat kerja adalah seperti kedai,kilang, kawasan pembinaan, hospital dan ladang. Seterusnya, terdapat juga tempat kerja yang hanya menumpukan pada mengajar individu secara umum tentang perkara-perkara tertentu misalnya kelas memandu iaitu mengajar individu yang ingin belajar cara-cara mamandu kenderaan.

Monday, October 27, 2008

MASALAH ETNIK DI TEMPAT KERJA....

PERGAULAN- Sesetengah syarikat sememangnya mempunyai pelbagai etnik, tetapi kebanyakan mereka hanya bergaul dengan kaum masing-masing tanpa bercampur dengan kaum yang lain. Hal ini disebabkan mereka berasa lebih selesa jika berada pada kaum yang sama. Keadaan ini diburukkan lagi apabila tercetusnya pergaduhan sesama mereka kerana tidak masing-masing mengagung-agungkan etnik mereka.Misalnya, jika pekerja cina berkumpul di satu tempat semasa rehat,pekerja india tidak boleh duduk bersama mereka kerana perbezaan budaya.

KOMUNIKASI- Walaupun setiap syarikat mempunyai pekerja melayu, india dan cina, mereka kurang berkomunikasi kerana masing-masing menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Keadaan ini menyukarkan pekerja yang bukan satu kaum untuk berkomunikasi dengan lebih erat. Hal ini disebabkan mereka tidak faham butir bicara yang ingin diperkatakan oleh pekerja yang berbeza bahasa.

ORGANISASI- Terdapat syarikat yang memilih pengurus atasan mengikut kaum mereka sahaja.Walaupun kelulusan kaum lain lebih tinggi berbanding kaumnya, mereka lebih memilih kaum mereka sendiri dan menganggap kaum lain tidak boleh dipercayai untuk memegang jawatan tertinggi.Misalnya, semasa temuduga, jika majikan itu cina, beliau akan lebih memilih calon yang sama kaum dengannya.Keadaan ini menyebabkan wujud diskriminasi kaum antara pekerja cina dengan india dan melayu.

SUASANA TEMPAT KERJA-Keadaan suram dan tiada toleransi dan kerjasama antara setiap pekerja menyebabkan keadaan di tempat kerja menjadi satu tempat yang membosankan dan menyebabkan ada pekerja yang hilang semangat untuk bekerja. Selain itu, terdapat juga pekerja yang bermusuhan dan tidak bertegur sapa menyebabkan seseorang itu berasa tertekan ketika bekerja.Tiada kegembiraan untuk mereka semasa bekerja.

PEMBAHAGIAN TUGAS- Pembahagian tugas yang tidak sama rata.Misalnya jika pekerja india pandai membodek majikan, mereka akan diberikan tugas yang mudah manakala tugas yang sukar akan diberikan kepada pekerja melayu atau cina untuk menyelesaikannya walaupun tugasan itu sepatutnya dibuat oleh pekerja india tersebut
.

STRATEGI YANG BOLEH DIAMBIL OLEH SYARIKAT DALAM MENGATASI MASALAH ETNIK DI TEMPAT KERJA.....

SIKAP PEKERJA- Setiap individu di tempat kerja seharusnya mengajar diri untuk sentiasa beramah mesra dengan orang lain walaupun berlainan etnik. Individu terbabit perlu mengajar diri untuk bergaul dengan orang lain dan tidak hanya memilih kawan-kawan yang disukai untuk beramah mesra.

MENGADAKAN JAMUAN SETIAP 6 BULAN SEKALI- Pihak syarikat perl memandang serius terhadap isu masalah komunikasi setiap pekerja yang berlainan kaum. Pihak syarikat boleh mengeratkan hubungn sesama majikan dan pekerja dengan cara mengadakan majlis yang wajib dihadiri oleh setiap pekerja. Melalui cara ini majikan dan pekerja dapat berkomunikasi dengan baik dan akan saling membantu jika individu tertentu mengalami masalah.

SISTEM ORGANISASI YANG TERATUR DAN SEIMBANG-Pihak syarikat perlu lebih serius terhadap sistem organisasi. Perbincangan antara lembaga pengarah penting dalam pelantikan pekerja mengikut kelayakan bukan pekerja yang pandai bermuka-muka. Cara ini dapat memastikan setiap kaum mempunyai wakil dalam memegang jawatan sebagai pekerja atasan. Keadaan ini akan membantu mengelakkan berlaku ketidakpuashatian para pekerja.

MEWUJUDKAN SIKAP AMBIL BERAT SETIAP ETNIK- Setiap pekerja memainkan peranan penting dalam tampuk syarikat, oleh itu kerjasama yang berterusan merupakan cara yang terbaik untuk memastikan kelancaran syarikat dan keuntungan syarikat. Jika syarikat untung, majikan akan memberi bonus kepada para pekerja. Kedua-dua belah pihak mendapat keuntungan yang sama.

PEMBAHAGIAN KERJA YANG SAMA RATA- Setiap majikan perlu memastikan pembahagian kerja diagihkan dengan betul. Hal ini disebabkan, pembahagian kerja yang bermutu akan memuaskan hati semua orang termasuk pekerja. Cara ini akan dapat membuat para pekerja seronok untuk bekerja dan tiada tekanan dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh pihak atasan.

Sunday, October 26, 2008

STRATEGI YANG DIAMBIL OLEH PIHAK SYARIKAT DALAM PENGAMBILAN PEKERJA....

PENDIDIKAN-Setiap pekerjaan memerlukan tahap pendidikan tertentu, misalnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), pengambilan konstabel memerlukan taraf akademik di peringkat sijil pelajaran Malaysia (SPM), manakal bagi jawatan yang lebih atas memandang individu yang mempunyai taraf pendidikan diploma mahupun Ijazah sarjana muda dan seterusnya.

KEMAHIRAN- Kemahiran merupakan aspek paling penting yang diperlukan oleh majikan dalam mengambil pekerja. Majikan memerlukan pekerja mahir kerana mereka akan lebih mudah mendapat keuntungan tanpa perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menghantar pekerja belajar kemahiran di tempat tertentu. Individu yang mempunyai kemahiran dan pengalaman lebih diambil untuk menjadi pekerja dengan gaji yang lumayan.

SIHAT DARI SEGI FIZIKAL & MENTAL- Seperti yang semua orang tahu, individu yang sihat tubuh badan lebih diberi keutamaan dalam pengambilan kerja. Hal ini disebabkan mudah untuk pekerja tersebut berurusan dengan syarikat luar dan tidak terbatas perjalanannya.

KEPERLUAN JAWATAN-Pemohonan yang ditawarkan untuk mencari pekerja biasanya tertumpu pada keperluan dan kek osongan sesuatu jawatan itu. Pengambilan ini biasanya dibuat apabila terdapat pekerja lama yang meletak jawatan ataupun pekerja yang dipecat atas kesalahan tertentu. Oleh itu, pihak syarikat akan menyiarkan iklan jawatan kosong itu untuk diisi oleh pekerja yang berkelayakan
.