Thursday, October 30, 2008

PENGENALAN

latar belakang kursus


kami merupakan pelajar USM yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Suhaiza binti Sali, Nurull Izzah binti Ishak, Nornazlin binti Selamat, Norisah binti Isa dan Farhana Dayana binti Samsudin Shah di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan yang mengambil kursus hubungan etnik(SHE) dan penasihat kami iaitu Dr. Reevany Bustami. kami dikehendaki membuat kajian tentang kepelbagaian etnik di tempat kerja di mana kajian ini dibantu oleh cik jumizah binti samsudin. Dalam menyiapkan tugasan SHE ini kami telah dibantu oleh penasihat kami. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan selengkapnya. kami amat berterima kasih kepada beliau dalam mencetuskan idea baru dan memastikan keberkesanan dan terdapat bukti-bukti yang kukuh untuk menguatkan hujah-hujah kami.
Seperti yang kita ketahui kepelbagaian etnik di tempat kerja merupakan fenomena yang acap kali dihadapi oleh masyarakat terutama di Malaysia di mana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum. Maksud etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama. Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka. Dalam masa yang sama juga, hubungan etnik boleh di lihat dari sudut tempat kerja. Jika hari ini, kita lihat tidak kira di sektor kerajaan mahupun sektor swasta, pekerja di ambil dari pelbagai kaum. kepelbagaian etnik di tempat kerja telah banyak memberi cabaran pada syarikat untuk mengkekalkan keharmonian dan perpaduan di tempat kerja.
kepentingan hubungan etnik adalah dapat menjamin kestabilan dan menjana pendapatan negara. Hubungan etnik yang harmonis adalah merupakan satu faktor utama yang mempengaruhi kadar kemasukan pelancong asing ke negara kita. Sungguhpun negara kita mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik, namun sekiranya terdapat konflik antara kaum, pelancong-pelancong asing dari luar negara tidak akan berkunjung ke negara kita disebabkan faktor keselamatan. Oleh hal yang demikian, kestabilan hubungan etnik memainkan peranan penting pada negara.

Objektif mengetahui dan mempelajari hubungan etnik adalah:

I) Mendedahkan pelajar tentang pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik
II)Memberi kefahaman berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas keharmonian
hubungan etnik
III) Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di
Malaysia.
IV) Memberi kefahaman dan kesedaran tentang konsep islam hadhari dan hubungan etnik.
v) Melibatkan pelajar-pelajar dalam pengalaman pembelajaran yang kreatif tentang sosial dan
kehidupan budaya masyarakat Malaysia.

No comments: