Wednesday, October 22, 2008


SYARIKAT AJINOMOTO MALAYSIA
SEJARAH

Sejarah ini bermula dengan rasa, apabila Profesor Kikunae Ikeada dari Universiti Tokyo mengasingkan glutamat daripada rumpai laut dan mendapati ianya mempunyai keupayaan untuk menyerlahkan rasa makanan pada tahun 1908. Satu tahun kemudian, penemuan beliau telah diperkenalkan di pasaran dalam penambah perisa AJINOMOTO yang bermakna pati citarasa (secara saintifik dinamakan monosodium glutamate (MSG)

Hari ini, AJINOMOTO dijual di lebih daripada 100 negara dan 15 kilang AJINOMOTO yang berada di seluruh dunia membekalkan kira-kira satu pertiga daripada 1.5 juta tan monosodium glutamate di pasaran.

Pada tahun 1961, AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memulakan perniagaannya sebagai pengeluar AJINOMOTO. Ia merupakan antara syarikat usahasama Jepun yang paling awal ditubuhkan di Negara ini. Semenjak itu, AJINOMOTO Malaysia berhad mula berkembang menjadi pengeluar perasa makanan yang dinamik yang memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad. Penambah perisa AJINOMOTO kami merupakan bahan wajib di hampir setiap rumah rakyat Malaysia.


PENGERUSI SYARIKAT

Gen (R) Tan Sri (Dr) Dato’ Paduka Mohammed Hashim Bin Mohd. Ali
Berumur 71 tahun dan merupakan warganegara Malaysia.Dilantik menjadi pengerusi Syarikat ini pada 5 September 1995. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan atau pertalian saudara dengan mana-mana pengarah lain mahu pun dengan pemegang syer. Beliau tidak pernah disabitkan kesalahan apa pun dalam tempoh 10 tahun sebelum ini melainkan kesalahan jalan raya itu pun jika ada.

PENGARAH EKSEKUTIF SYARIKAT
Shunikuci Komatsu berumur 47 tahun. Beliau berasal dari Jepun. Beliau telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif pada 6 Julai 2005.Memulakan kerjaya dalam bahagian jualan cawangan Nagoya di Jepun. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan di dalam syarikat mahu pun sebarang pertalian dengan pengarah mahu pun syer2 syarikat.

PENGARAH EKSEKUTIF SYARIKAT
Gew Ah Lek berumur 56 tahun dan merupakan warganegara Malaysia.
Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan di dalam syarikat mahu pun sebarang pertalian dengan pengarah mahu pun syer2 syarikat.

STRATEGI SYARIKAT DALAM MENGATASI MASALAH ETNIK DI TEMPAT KERJA

Di AJINOMOTO Malaysia Berhad, mereka menggunakan strategi dalam memastikan keperluan setiap pekerja berkaitan kebajikan, rekreasi, dan kesihatan adalah diutamakan. Suasana tempat kerja diceriakan dengan aktiviti- aktiviti rekreasi, sukan dan lain-lain. Setiap langkah yang perlu telah di ambil untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selesa. Keadaan ini adalah supaya semua pekerja dapat bertugas dengan selamat dan produktif. Cara ini dapat memastikan pekerja mereka yang terdiri daripada pekerja yang berbilang kaum dapat bekerja bersama tanpa sebarang masalah perkauman.


ETIKA PERNIAGAAN

Mereka amat mengutamakan kepuasan pengguna. Oleh kerana itu, mereka juga mengembleng segenap sumber kreatif serta menggunakan teknologi canggih untuk memastikan bahawa hanya satu produk berkualiti tinggi dan khidmat terbaik yang akan disampaikan kepada pengguna. Melalui misi mereka ini, kita boleh lihat bahawa mereka amat mementingkan kualiti pekerja dan produk.


TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Sebagai syarikat yang terkemuka dan warga korporat yang peka terhadap keadaan social, mereka bertekad memberi sumbangan demi keharmonian dan pembangunan masyarakat. Selain itu juga, mereka memastikan pekerja sentiasa berpuas hati dengan pekerjaan mereka tanpa perlu berasa iri hati dengan etnik lain.

BUDAYA KORPORAT

Mereka juga berusaha dengan gigih untuk terus mengekalkan situasi yang kreatif, terbuka, bersemangat dan yakin yang membolehkan para pekerja bekerja dengan tekun untuk kepuasan diri dan peningkatan kerjaya.

No comments: