Monday, October 20, 2008

ANALISIS KRITIKAL

Kepelbagaian etnik amat penting dalam sesebuah organisasi bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga. Sesebuah organisasi perlulah peka terhadap para pekerja yang mempunyai kepelbagaian etnik dalam sesebuah organisasi tersebut. Masalah besar mungkin akan berlaku jika terdapatnya kerenggangan hubungan antara etnik di sesebuah tempat kerja. Misalnya, jika dilihat dalam sektor kerajaan, tiada isu etnik yang timbul kerana mereka diwajibkan untuk sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tugas tanpa berlakunya diskriminasi kaum. Jika tiadanya kerjasama antara mereka akan menimbulkan masalah dalam menjalankan tugas. Sebagai contoh, dapat kita lihat dalam pasukan PDRM yang mana mereka diberikan tugas secara berpasukan, kelayakan jawatan dan kuota bagi mengelakkan mereka berpuak-puak antara kaum.
jika dilihat dari peringkat lembaga pengarah, mereka terdiri daripada pelbagai hubungan etnik tetapi mereka boleh bekerjasama dan mencetuskan idea masing-masing serta akan berbincang di meja yang sama untuk mempertingkatkan kualiti syarikat. bagi pekerja bawahan, mereka sentiasa bekerjasama antara satu sama lain walaupun berlainan kaum. kerana fokus utama mereka adalah meningkatkan kualiti syarikat dan produk pengeluaran syarikat mereka. sebagai contoh, syarikat intel. walaupun terdapat sedikit masalah hubungan etnik, mereka masih cuba bekerjasama dalam memastikan produk intel berada dalam keadaan berkualiti tinggi.
Strategi pengambilan pekerja amat penting kerana selain menilai dari segi kelayakan pendidikan, orang atasan perlu memastikan terdapat setiap etnik dalam organisasi mereka kerana cara ini merupakan kaedah untuk mempertingkatkan keuntungan kerana setiap etnik mempunyai kebolehan mereka yang tersendiri. Dalam masa yang sama dapat mewujudkan kepelbagaian etnik di tempat kerja.

No comments: